Home / Mobile Operators / Islamic Mobile Operator Salamfone shuts down, customers asked to migrate

Islamic Mobile Operator Salamfone shuts down, customers asked to migrate

Mobile Virtual Network Operator(MVNO), Salamfone Sdn Bhd announced today that it has shut down its services and customers are asked to migrate to a different service provider.

Salamfone

Salamfone on its Facebook page made the following statement last Saturday(27 July) mentioning(in Bahasa Malaysia) that customers will be facing network issues:

PENGUMUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN 2

Dukacitanya ingin kami memaklumkan bahawa yang anda akan mengalami gangguan perkhidmatan Salamfone, separa ataupun sepenuhnya.

Kami menganggarkan yang isu ini akan diselesaikan selewatnya Isnin (29 Julai) nanti. Pihak Salamfone dan semua yang terlibat sedang berusaha menangani isu ini secepat mungkin.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang akan anda alami dan kesabaran anda amatlah dihargai.

Status terkini akan dipaparkan di laman FB kami ini., atau sila hubungi kami melalui [email protected] ataupun 0321678738.

Second Facebook statement on Monday:

Assalamualaikum rakan-rakan Salamfone.

Kami masih lagi sedang berusaha dengan pihak-pihak tertentu untuk mengembalikan perkhidmatan Salamfone sepenuhnya. Status terkini akan didapati selepas mesyuarat khas yang akan diadakan petang ini.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang telah dialami. Kesabaran dan sokongan anda amatlah dihargai. Diharapkan dengan doa anda, Salamfone akan kembali beroperasi seperti biasa, insyaallah.

Kami akan terus memberikan status terkini di laman FB dan laman utama kami

The company then posted the following message today indicating that it will be shutting down the mobile service

The third statement today was posted on its Facebook and website indicating the termination of its mobile services with immediate effect:

Salamfone-shutdown-website-notice

Assalamualaikum rakan-rakan salamfone.

Dukacitanya ingin kami memaklumkan yang perkhidmatan Salamfone dengan rasminya kini telah dihentikan. Segala usaha telah dilakukan untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami, malangnya kami tidak berjaya. Di sini, kami ingin memohon maaf kerana telah mengecewakan semua rakan-rakan kami yang selama ini telah menaruh sepenuh kepercayaan dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Ketahuilah yang kami telah mencuba sedaya upaya kami untuk mengaktifkan kembali perkhidmatan kami dengan sepenuhnya.

Di sini kami ingin menasihati supaya anda berhijrah ke perkhidmatan lain secepat mungkin. Kami juga sedia membantu anda sekiranya anda inginkan bantuan untuk melakukan proses MNP. Sila hubungi 0321678738 untuk soalan dan bantuan.
Jika ada sebarang aduan yang ingin ditujukan kepada kami, sila hantarkan kepada [email protected] beserta nama penuh, no k/p, no salamfone dan no alternatif.

Kami bersyukur kerana telah mampu dan sempat menghantar beberapa pengguna setia Salamfone untuk mengerjakan Umrah ataupun untuk menunaikan Haji. Kami juga berterima kasih kepada semua pengguna yang telah menyumbang kepada tabung infaq dan sekali gus telah mengukirkan senyuman kepada yang telah menerimanya. Yang paling penting sekali, kami berasa bangga kerana telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian anda.

Sekiranya ada perkataan yang menyakiti ataupun tingkah laku yang menyinggung dari seluruh keluarga Salamfone, kami memohon maaf.
Untuk kali terakhir, terima kasih diucapkan.

Dengan Ikhlas,
Salamfone.

Salamfone Sdn Bhd is a subsidiary of Kuwait’s Reach Telecom. The company claims that Salamfone is the first ever Shariah Compliant mobile service in the world, launched in the month of April 2011 riding on Maxis 2G network.

About Kugan

Kugan is the founder of MalaysianWireless. He has been observing the mobile industry since 2003. Connect with him on Twitter: @scamboy