The Ministry of of Communications and Multimedia (KKMM) has formed the Communications and Multimedia Consultative Council (MPKM), said to be a platform for the Government to discuss and get inputs from the stakeholders on policies and issues related to communications and multimedia in the country.
Chaired by the Minister of Communications and Multimedia (KKMM), there are 15 members in the Council with representatives from KKMM/Government, businesses and “experts” from civil society. List of members as below:
1. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
2. YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Timbalan Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
3. YBhg. Dato’ Suriani bt Ahmad
Ketua Setiausaha
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
4. YBhg. Dato’ Professor Dr. Hj. Awang bin Sariyan
Pakar Bahasa
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Puan Chee Yoke Ling
Pengarah Program
Third World Network
6. Encik Danny Lee
Pengerusi PIKOM
7. Puan Kavita Mahendran
Naib Presiden MBM
8. Dato’ Dr. Paul Selvarajah
Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
9. YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani bin Mohd Isa
Pengerusi UEM Sunrise
10.YBhg. Tan Sri Datuk Amar Haji Mohd Morshidi bin Hj. Abdul Ghani
Bekas SUK Negeri Sarawak
11.Profesor Emerita Datuk Dr. Mazlan Othman
Astrofizik, Perintis Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Di Malaysia,
Ketua Pengasas Pengarah Agensi Angkasa Negara
12.Encik Mohd Razin Muhammad
Pembangunan Start Up
13.Encik Tany bin Kiob @ Anthony Kiob
CEO, Institute of Development Studies
14.Encik Eric Paulsen
Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty,
Wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN
Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR)
15.YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar Tokoh Wartawan Negara 2019
Bekas pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Full media statement (text) from KKMM in Bahasa Malaysia as below:
[box type=”info” align=”aligncenter” ]PENUBUHAN MAJLIS PERUNDINGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MPKM)
PUTRAJAYA, 9 JUN 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) sebagai satu platform bagi Kerajaan membincang dan mendapatkan input daripada semua pemegang taruh (stakeholders) dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia. Pendekatan MPKM ini juga turut melibatkan penyertaan dari masyarakat madani yang mempunyai peranan langsung ke atas pembangunan negara.
Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia ini akan dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dianggotai oleh 15 ahli (senarai nama dilampirkan bersama) yang merangkumi pengurusan tertinggi KKMM, wakil-wakil dari masyarakat sivil, ahli akademik, badan pemikir, pakar sesuatu bidang, badan profesional, badan perniagaan dan sebagainya. Ahli-ahli MPKM yang dilantik adalah bersandarkan kepada pengalaman, kemahiran dan kepakaran ahli berkenaan selaras dengan fungsi utama KKMM.
Penubuhan MPKM adalah selari dengan maklamat KKMM ke arah memacu kecendekiaan (intelligence) dalam masyarakat. Ia juga seiring dengan visi kementerian, iaitu melahirkan masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. Manakala segala undang-undang, dasar-dasar dan program-program kementerian adalah wahana untuk mencapai matlamat tersebut.
KKMM juga akan membuka peluang kepada semua anak muda warganegara Malaysia di seluruh dunia berumur di antara 18 hingga 30 tahun untuk menyumbangkan idea dan cadangan melalui program “ Ideas4KKMM” bagi penambahbaikan Pelan Strategik KKMM 2019-2023. Program berbentuk pertandingan ini merupakan salah satu usaha Kementerian untuk menggalakkan sumbangan idea dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan sistem penyampaian Kementerian. 10 idea terbaik akan dipilih untuk hadiah istimewa dan dijemput ke sesi perbincangan khas bersama YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Penyaluran idea boleh dikemukakan melalui laman sesawang KKMM https://www.kkmm.gov.my/awam/ideas4kkmm.
[PDF]
[/box]
UPDATE (16 June 2020): MCMC issued a media statement saying that Mr. Eric Paulsen is no longer a member of MPKM. No explanation were provided.