Home Mobile Network Operators Celcom Axiata MCMC issued compounds amounting RM700k to 6 Telcos

MCMC issued compounds amounting RM700k to 6 Telcos

Fifteen (15) compounds amounting to RM700,000 were issued to six (6) Telecommunication companies (Telcos) on offences related to prepaid SIM card registration.

MCMC-office-building-ishak

In a back-dated announcement posted today on its website, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said it issued those compounds on 1 October 2020 to telecommunication companies for registering prepaid SIM card without verifying user information. MCMC said the offence was committed in 2019.

The list of the compounds as below:

No Telco Number of Compound Value of Compound (RM)
1. U Mobile Sdn Bhd                  5        RM250,000
2. Celcom Axiata Berhad                  3        RM150,000
3. Tune Talk Sdn Bhd                  3        RM150,000
4. Maxis Broadband Sdn Bhd                  2        RM100,000
5. YTL Communications Sdn Bhd                  1        RM40,000
6. Tone Plus Sdn Bhd                  1        RM10,000
 TOTAL                 15        RM700,000

 

Announcement from MCMC in Bahasa Malaysia version:

[box type=”warning” align=”aligncenter” ]

Kesalahan Pendaftaran Kad Sim Prabayar Palsu: MCMC Keluarkan 15 Kompaun Bernilai RM700,000

CYBERJAYA, 5 Oktober 2020 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun bernilai RM700,000 pada 1 Oktober 2020 lalu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna yang dilakukan pada 2019.

Kesemua kompaun yang dikeluarkan itu meliputi kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua (2) tahun atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi ialah U Mobile Sdn Bhd dengan lima (5) kompaun bernilai RM250,000. Ini diikuti dengan Celcom Axiata Berhad dan Tune Talk Sdn Bhd, masing-masing dengan tiga (3) kompaun bernilai RM150,000. Maxis Broadband Sdn Bhd pula dikenakan sebanyak dua (2) kompaun bernilai RM100,000 manakala YTL Communications Sdn Bhd dan Tone Plus Sdn Bhd masing-masing dengan satu (1) kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000.

Tindakan yang diambil itu mencerminkan ketegasan dan komitmen MCMC dalam memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara selain memastikan proses pendaftaran kad SIM prabayar mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Selain tindakan penguatkuasaan, pelbagai langkah proaktif lain turut diambil oleh MCMC. Antaranya, pendaftaran kad SIM menggunakan Platform Automatik yang sulit (encrypted) dan terjamin (secured) sahaja. Selain itu, penyedia perkhidmatan tidak akan mendaftarkan mana-mana pelanggan baharu untuk memiliki lebih daripada lima (5) kad SIM untuk setiap individu.

Pihak MCMC tidak akan berkompromi dalam hal ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

[PDF]

[/box]

Exit mobile version