Home / Industry / KKMM / Malaysia Budget 2021: Government to spend Billions, said to Improve Connectivity

Malaysia Budget 2021: Government to spend Billions, said to Improve Connectivity

Some RM322.5 billion has been allocated for Malaysia Budget 2021, about RM7.8 billion more than the 2020 Budget worth RM314.7 billion, according to media reports.

Malaysia-budget-2021-logo

To improve Digital Connectivity for 2021, the current Malaysia Government announced the following as part of Budget 2021:

  • RM1.5 billion to ensure internet connectivity for the B40 group in the form of credit of RM180 per person, to benefit eight million people
  • Malaysia Telcos to provide RM1.5 billion worth of benefits such as free Internet data
  • RM500 million for Jendela initiative, to boost internet connectivity in schools
  • RM7.4 billion for MCMC to increase broadband service in 2021 and 2022

Full announcement by the Minister of Communications and Multimedia (KKMM) in Bahasa Malaysia below:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganggap Belanjawan 2021 mampu menjadi katalis kepada kesalinghubungan internet, ekonomi digital dan ekonomi kreatif. KKMM amat berterima kasih kerana Belanjawan 2021 mengiktiraf jaringan telekomunikasi sebagai ulititi ketiga. Ini dapat mempercepatkan proses kelulusan dan pembinaan infrastruktur telekomunikasi.

Penggunaan internet seperti e-dagang, ekonomi gig dan pendidikan dalam talian juga telah meningkat dengan ketara di setiap lapisan masyarakat yang seterusnya mempercepatkan pendigitalan ke arah Revolusi Industri 4.0. Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk menambaik baik infrastruktur telekomunikasi negara seperti berikut:

Program Jaringan Prihatin dalam bentuk bantuan kredit telekomunikasi RM180 seorang untuk golongan B40 berjumlah RM1.5 bilion;

  • Data internet percuma melalui padanan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi berjumlah RM1.5 bilion;
  • Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk kesalinghubungan 430 sekolah seluruh negara berjumlah RM500 juta;
  • Perluasan perkhidmatan jalur lebar bagi tempoh 2021 – 2022 melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjumlah RM7.4 bilion (SKMM); dan
  • Kesalinghubungan internet di 25 kawasan perindustrian di bawah pelan JENDELA berjumlah RM42 juta.

Belanjawan ini turut memberi fokus kepada pertumbuhan berterusan ekonomi digital negara yang dilihat sebagai langkah proaktif Kerajaan dengan mengambil kira manfaatnya melangkaui keseluruhan segmen masyarakat serta membantu proses pemulihan ekonomi negara. Dalam menyegerakan pelaksanaan ini, fokus diberikan untuk terus merancakkan aktiviti ekonomi digital melalui:

  • Program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berjumlah RM100 juta bagi memudahkan peralihan bakat tenaga kerja sedia ada ke bidang ICT;
  • Skim Transformasi Pendigitalan Industri bernilai RM1 bilion bertujuan merancakkan kembali aktiviti pendigitalan dan automasi sehingga 31 Disember 2023; dan
  • Insentif Shop Malaysia Online yang dilaksanakan oleh MDEC berjumlah RM150 juta bagi menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian dan bakal memanfaatkan 500 ribu usahawan tempatan termasuk pengusaha produk halal dan kraf tangan.

Selain itu bagi memacu perkembangan ekonomi kreatif, peruntukan sebanyak RM15 juta diberikan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) untuk menggerakkan program-program kesenian dan kebudayaan negara. Belanjawan ini dilihat mampu memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni serta petugas-petugas produksi belakang tabir.

Dalam usaha pendigitalan dan memperluaskan rangkaian telekomunikasi, Kerajaan juga tidak berkompromi dalam isu kawalan keselamatan siber negara. CyberSecurity Malaysia (CSM) diberi peruntukan RM27 juta bagi menangani jenayah siber.

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
7 NOVEMBER 2020

The Malaysia Budget 2021 was tabled in Parliament last Friday.

About Kugan

Kugan is the founder of MalaysianWireless. He has been observing the mobile industry since 2003. Connect with him on Twitter: @scamboy