Friday, June 2, 2023

Malaysia Government Terminated over 900k Prepaid Lines since 2018

A total of 1,377,862 (1.38 million) prepaid lines with invalid registration data were detected by the Malaysian Government between January 2018 until October 2020. Out of these, some 920,127 prepaid lines were terminated by the Goverment while 457,645 were updated with valid information in order to remain active.

holding-phone-8 prepaid registration malaysia government

The information was revealed in Parliament today by the current Communications and Multimedia (KKMM) Minister, Datuk Saifuddin Abdullah.

According to the Minster, a PDRM-MCMC Cyber Crime Committee was established to combat cyber crime, including those related to frauds or scam. The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) also conducts data verification audit with the National Registration Department (JPN) to verify prepaid phone number registration in the country. This is also to address the abuse of social media more effectively, he said.

Last month, fifteen (15) compounds amounting to RM700,000 were issued to six (6) Telecommunication companies (Telcos) on offences related to prepaid SIM card registration. The top offenders include U Mobile, Celcom Axiata, Tune Talk and Maxis.

Full transcript of the response in Parliament, in Bahasa Malaysia below:

[box type=”note” align=”aligncenter” ]

SOALAN NO. 1
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber yang menggunakan aplikasi yang tidak sahih dan juga melalui panggilan telefon dengan pelbagai modus operandi bagi memperdayakan mangsa dalam mendapatkan data peribadi dan wang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kimanis, kegiatan penipuan ataupun ‘scam’ sama ada secara dalam talian (online) ataupun luar talian (offline) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) atau agensi-agensi berkenaan ; tertakluk kepada bentuk-bentuk penipuan yang dijalankan.

2. Bagi perkara berkaitan siasatan, terdapat “Jawatankuasa Jenayah
Siber PDRM-MCMC” yang telah ditubuhkan dan digerakkan dan sentiasa diperkasakan bagi menerajui gerak kerja dan tindakan yang lebih strategik dan tersusun antara PDRM dan SKMM dalam membenteras jenayah siber, termasuklah yang berkaitan penipuan atau scam. Kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua pihak khususnya dalam perkongsian maklumat dan kepakaran adalah bertepatan bagi melancarkan aktiviti penguatkuasaan supaya dapat menangani isu penyalahgunaan media sosial dengan lebih efektif.

3. Daripada aspek pengawalseliaan industri, SKMM turut menjalankan audit pengesahan data dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesahkan integriti pangkalan data pelanggan talian telefon prabayar utuk memastikan bahawa semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya. Ini bagi mengelakkan ia disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan dan seumpamanya.

4. Sehingga Oktober 2020, sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan telah dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 920, 217 talian telah ditamatkan perkhidmatannya dan 457,645 telah dikemaskini dengan maklumat yang sah.

5. KKMM melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) juga melaksanakan strategi komunikasi yang terancang melalui saluran platform media sosial rasmi JaPen bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan sahih berkjenaan penipuan siber.

6. Antara inisiatif Kementerian untuk menyampaikan kesedaran kepada rakyat adalah juga melalui rancangan bual bicara, laporan berita, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), infografik media sosial dan media dalam talian serta hebahan program-program radio/TV dan sebagainya.

7. Melalui CyberSecurity Malaysia (CSM) juga turut membantu rakyat menangani penipuan siber melalui program kesedaran keselamatan siber. Ini memerlukan pelaksanaan aktiviti kesedaran keselamatan siber yang berterusan dalam usaha untuk memupuk amalan keselamatan siber dan kehidupan harian dan juga meningkatkan pengetahuan ancaman siber yang sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi digital semasa. CSM juga menyalurkan kepakaran teknikal keselamatan siber melalui kerjasama yang erat dengan agensi penguatkuasa seperti PDRM dan KPDNHEP.

[/box]

Kugan
Kugan is the co-founder of MalaysianWireless. He has been observing the mobile industry since 2003. Connect with him on Twitter: @scamboy

Related Articles

Stay Connected with Us

53,803FansLike
689FollowersFollow

Hosted at AIMS Data Centre

aims-logo

Latest Articles