Home / Industry / KKMM / KKMM Minister says that Malaysia 4G Coverage at 91.8%, speeds at 25Mbps

KKMM Minister says that Malaysia 4G Coverage at 91.8%, speeds at 25Mbps

Malaysia 4G population coverage is currently at 91.8% according to a recent statement made by the Communications and Multimedia Minister Dato’ Saifuddin Abdullah.

Ministry of Communications and Multimedia KKMM 4g

The Communication Minister also said that the current mobile broadband speed in Malaysia is at 25Mbps.

In his statement, the Minister said that Phase 1 of the multi-billion JENDELA project will improve 4G population coverage from 91.8% currently to 96.9%, while mobile broadband speeds will be increased from 25Mbps to 35Mbps.

However, he did not say how the 4G coverage were measured or the actual 4G coverage in Malaysia without taking into account the population numbers. The 4G speed stated by the Minister was not measured by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) but based from a third party measurement by United States-based Ookla. As of February 2021, the latest report from Ookla revealed that the average mobile download speeds in Malaysia was 23.72Mbps, upload speeds at 10.94Mbps, with a latency of 34ms, ranking 88 globally, worse than Philippines, Vietnam and much slower than Bosnia and Herzegovina.

MalaysianWireless observed on social media platforms that complaints on poor 4G coverage and slow 4G Internet speeds remains high in Malaysia. The Minister also appears to be satisfied with the current developments of JENDELA but he did not reveal any statistic related to user satisfaction of 4G service in Malaysia.

Full media statement by the Minister of Communication below (only available in Bahasa Malaysia):

PELAN JALINAN DIGITAL NEGARA (JENDELA) BERADA DI LANDASAN TEPAT UNTUK CAPAI SASARAN

Pada hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk suku kedua Fasa 1 dan telah dimaklumkan mengenai pencapaian terkini pelaksanaan pelan JENDELA yang bermula sejak enam (6) bulan yang lalu. Berdasarkan maklumat terkini, pelaksanaan JENDELA setakat ini telah mencapai kesemua sasaran suku kedua yang ditetapkan dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran-sasaran seterusnya.

Saya menyambut baik perkembangan semasa pelaksanaan pelan JENDELA ini yang dijangka mampu memberi tahap pengalaman perkhidmatan jalur lebar lebih berkualiti kepada rakyat di seluruh negara. Kesan pelaksanaan projek-projek telekomunikasi di bawah pelan ini sudah mula dinikmati dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Fasa 1 JENDELA sudah pun bermula dan akan berterusan sehingga akhir tahun 2022, dengan memberi fokus kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada sebanyak 7.5 juta premis, memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk; mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps serta penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021, bagi tujuan pemantapan rangkaian 4G dan memperkukuhkan rangkaian asas bagi 5G. Menyedari kepentingan 5G untuk perkhidmatan komunikasi lebih pantas, pelaksanaannya telah dipercepatkan setahun lebih awal daripada sasaran asal iaitu penghujung tahun 2022 kepada suku keempat tahun 2021.

JENDELA membawa aspirasi peningkatan liputan dan pengukuhan infrastruktur kesalinghubungan negara yang mampan dan inklusif. Perkembangan mengenai pencapaian semasa JENDELA akan diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam taklimat Laporan Suku Kedua JENDELA yang akan dijalankan secara maya pada 7 April 2021 (Rabu).

Laporan Suku Kedua JENDELA ini akan mengandungi pencapaian terkini usahausaha bagi memastikan premis-premis diliputi, pembinaan tapak baharu, naik taraf tapak sedia ada, sesi libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri berhubung pemakaian Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) untuk penyediaan tanah bagi membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan pembangunan baharu serta memantau tindakan penyelesaian segera aduan berkaitan kesalinghubungan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

Bagi memastikan agenda kesalinghubungan internet negara terus diperkasakan, pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan. Antaranya, peruntukan sebanyak RM21 bilion yang diumumkan semasa pelancaran MyDIGITAL yang akan dilaburkan dalam tempoh lima (5) tahun. Sebanyak RM3.2 bilion daripada jumlah tersebut akan dibelanjakan pada tahun 2021 melalui JENDELA di kawasan yang bukan komersial untuk memantapkan kesalinghubungan sedia ada.

Kami di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus memantau perkembangan pelan ini secara menyeluruh bagi memastikan aspirasi JENDELA direalisasikan demi kesejahteraan rakyat serta terus menyeru kepada semua kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada pelan ini dalam usaha melicinkan pelaksanaan projek-projek kesalinghubungan negara.

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

6 APRIL 2021

[PDF]

About Kugan

Kugan is the founder of MalaysianWireless. He has been observing the mobile industry since 2003. Connect with him on Twitter: @scamboy