Social media and messaging platforms are said to be slow in dealing with the issue of fake accounts, especially those used for fraudulent purposes in Malaysia.
In a media statement yesterday, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) said that it was disappointed with Faceboook, Twitter and Telegram, for not acting swiftly on reports made against fake accounts. Other social platform that was mentioned include Instagram and Whatsapp, both part of Facebook.
Fake accounts are basically accounts created to impersonate and misuse the identities of individuals or other entities.
However, MCMC only made the statement in Bahasa Malaysia despite the content of the statement is targeted to a list of global, English-speaking companies that operates mainly from outside of Malaysia.
The regulator is also advising users to be responsible and vigilant when using the Internet.
Full media statement from MCMC, in Bahasa Malaysia below:
[box type=”warning” align=”aligncenter” ]
ISU AKAUN PALSU: MCMC KECEWA SIKAP PENYEDIA PLATFORM KERANA TIDAK BERTINDAK PANTAS TERHADAP LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kecewa dengan sikap pihak penyedia platform seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram kerana tidak bertindak pantas terhadap laporan yang dikemukakannya dalam menangani isu akaun-akaun palsu terutamanya yang digunakan bagi tujuan penipuan.
Kelewatan tindakan berhubung perkara ini dibimbangi akan merencatkan usaha MCMC dalam melindungi pengguna media sosial daripada akaunakaun palsu terutamanya yang menyamar dan menyalahgunakan identiti individu dan entiti lain, yang seterusnya boleh menyebabkan kerugian wang ringgit kepada pengguna.
Memandangkan platform-platform sedemikian yang tidak dilesenkan kerana beroperasi di luar Malaysia, MCMC amat bergantung kepada tindakan yang dibuat oleh pihak penyedia platform. Justeru, MCMC menggesa pihak penyedia platform untuk lebih bertanggungjawab, responsif dan bertindak pantas terhadap setiap laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya.
Dalam masa yang sama, pihak penyedia platform secara langsung mempunyai tanggungjawab bagi memastikan platform yang dihoskan pihak mereka adalah selamat kepada pengguna.
Tindakan pantas yang diambil adalah penting dan perlu demi melindungi kepentingan serta keselamatan pengguna.
Pihak MCMC sekali lagi ingin menasihatkan pengguna supaya berwaspada, kekal selamat dan menjadi seorang pengguna bertanggungjawab yang mengamalkan penggunaan Internet berhemah. Elakkan daripada menjadi mangsa kepada akaun-akaun palsu dan menyalahgunakan rangkaian media sosial.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
[PDF]
[/box]