Home / Malaysia Mobile Telecom Providers / DiGi / MCMC issued 64 compounds worth RM3.2 million to 4 Telcos

MCMC issued 64 compounds worth RM3.2 million to 4 Telcos

Mid-last month, during the nationwide total lockdown in Malaysia, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) issued 64 compounds worth RM3.2 million in the second quarter of 2021 to four (4) telecommunications companies for failing to comply with electronic numbering and addressing plans and non-compliance of the Prepaid Guidelines for user registration.

MCMC-office-building-ishak

Of the RM3.2 million, a total of 54 compounds worth RM2.7 million were issued to Maxis Broadband Sdn Bhd for its failure to comply with the electronic numbering and addressing plan.

The regulator also issued 10 compounds for non -compliance with the Prepaid Guidelines for end user registration, namely five (5) compounds worth RM250,000.00 to U Mobile Sdn Bhd, followed by two (2) compounds worth RM100,000.00 to Maxis Broadband Sdn Bhd and two (2) compounds worth RM100,000.00 to Digi Telecommunications Sdn Bhd. Meanwhile, XOX Com Sdn Bhd was served with one (1) compound worth RM50,000.00.

Celcom is the only major Mobile Network Operator (MNO) not in the list.

Full media statement in Bahasa Malaysia below:

MCMC KELUARKAN 64 KOMPAUN BERNILAI RM3.2 JUTA KEPADA EMPAT (4) SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PADA SUKU KEDUA 2021 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta pada suku kedua 2021 kepada empat (4) syarikat telekomunikasi atas kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik serta ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Daripada nilai RM3.2 juta tersebut, sebanyak 54 kompaun yang bernilai RM2.7 juta dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi, Maxis Broadband Sdn Bhd adalah kerana kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

Selain daripada itu, pihak MCMC juga turut mengeluarkan 10 kompaun atas ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir iaitu lima (5) kompaun yang bernilai RM250,000.00 kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd, diikuti dua (2) kompaun bernilai RM100,000.00 kepada Maxis Broadband Sdn Bhd serta dua (2) kompaun bernilai RM100,000.00 kepada Digi Telecommunications Sdn Bhd. Manakala XOX Com Sdn Bhd dikenakan satu (1) kompaun yang bernilai RM50,000.00.

Berikut merupakan jumlah dan nilai kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC pada suku kedua 2021:

JUMLAH & NILAI KOMPAUN (SUKU KEDUA 2021)

Bil. Syarikat Telekomunikasi  JENIS KESALAHAN Jumlah Kompau Nilai Kompaun 
1. Maxis Broadband Sdn Bhd Peraturan 4 (2) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016 iaitu kegagalan pemegang penguntukan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik 54 RM2.7 juta
2. U Mobile Sdn Bhd Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kegagalan untuk mematuhi Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services (MCMC/G/01/17) 5 RM250,000
3. Maxis Broadband Sdn Bhd 2 RM100,000
4. Digi Telecomunications Sdn Bhd 2 RM100,000
5. XOX Com Sdn Bhd 1 RM50,000
  JUMLAH  64 RM3.2 juta

 

Tindakan ini diambil bagi memastikan hak pengguna diberi keutamaan dalam memilih syarikat telekomunikasi berdasarkan kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.  Syarikat telekomunikasi juga digesa agar lebih tegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan serta tidak mengabaikan aspek keselamatan dalam usaha membendung jenayah siber dan kepentingan pengguna.

[PDF]

About Kugan

Kugan is the founder of MalaysianWireless. He has been observing the mobile industry since 2003. Connect with him on Twitter: @scamboy