u-mobile-h1-u25-728-90-2022
Home Malaysia Broadband 5G Malaysia 5G Coverage now at 33% in “Populated Areas” – Communications Minister

Malaysia 5G Coverage now at 33% in “Populated Areas” – Communications Minister

In a media statement that was sent out recently, Communications and Multimedia Minister Annuar Musa said that Malaysia 5G coverage now stood at 33% but only in populated areas in 8 states, as well as Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya.

5G-Maxis-Celcom-Digi-UMobile-Malaysia

As of August 2022, more than 2,100 5G sites have been operational nationwide.

Digital Nasional Berhad (DNB), the sole 5G network provider in Malaysia, has a target of 36% 5G coverage by end of 2022 and 80% by end of 2024, but only in populated areas.

The Communications Minister also said that the equity participation in DNB involving Celcom, Digi, Telekom Malaysia and YTL Communications are currently in final stage.

5G access agreement (for consumer 5G services) with the Telecomunication companies are expected to be finalised by end of the month.

Full Official Statement below:

PERKEMBANGAN PELAKSANAAN 5G DI MALAYSIA KEKAL PADA LANDASAN TEPAT MENGIKUT PERANCANGAN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai badan kawal selia telah bermesyuarat pada pagi ini dan antara yang dibincangkan, termasuklah perkembangan pelaksanaan 5G yang dikendalikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Dasar SWN
Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan Kerajaan di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) adalah agar pelaksanaan 5G dibuat menerusi rangkaian borong tunggal (SWN) dan dibangunkan oleh DNB. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menyokong penuh dasar tersebut dan menerusi SKMM telah memberi DNB lesen-lesen yang berkenaan untuk tempoh 10 tahun sehingga tahun 2031 serta menguntukkan spektrum khusus 5G yang telah dikenal pasti. Hanya spektrum yang ditetapkan ini sahaja dibenarkan untuk perkhidmatan 5G komersial oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan (Telcos).

Kemajuan Roll Out 5G
Setelah hampir setahun pembangunan SWN dijalankan oleh DNB, hasrat Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan infrastuktur 5G telah menunjukkan hasil yang positif. Sehingga penghujung Ogos 2022, lebih 2,100 tapak 5G telah beroperasi dan liputan 5G telah mencecah 33% liputan di kawasan berpenduduk di lapan buah negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dijangkakan sasaran 36% liputan pada penghujung tahun 2022 akan dapat dicapai dan seterusnya memberi keyakinan bahawa sasaran 80% liputan di kawasan berpenduduk pada penghujung tahun 2024 mampu direalisasikan.

Dalam menangani cabaran-cabaran pelaksanaan, K-KOMM melalui SKMM dan DNB telah secara aktif mengadakan sesi libat urus bersama Pihak-Pihak Berkuasa Negeri, kerajaan tempatan dan pemegang taruh yang berkenaan. Menerusi sesi libat urus ini, isu-isu dasar telah dapat ditangani segera dan pelaksanaan rangkaian telah dapat dipermudahkan.

Penyertaan Ekuiti dalam DNB
Selain itu, hal penyertaan dalam tawaran ekuiti DNB kini berada di peringkat akhir yang melibatkan empat syarikat pemberi perkhidmatan iaitu Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd.,Telekom Malaysia Berhad dan YTL Communications Sdn. Bhd.

Dalam hal ini, perbincangan bersama keempat-empat syarikat telah berjalan dengan lancar dan adalah diharapkan perjanjian akses akan dapat dimuktamad dan ditandatangani menjelang 30 September 2022.

Bagi memudahkan proses penyertaan ekuiti dalam DNB, K-KOMM bersama SKMM akan mengemaskini beberapa syarat lesen ke atas DNB, khususnya yang berkaitan dengan syarat pemilikan pegangan syarikat, memandangkan struktur syarikat bukan lagi 100% milik kerajaan, sebaliknya saham majoriti bakal dimiliki oleh beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju. Sebagai pemegang saham dan pelabur, sudah tentu mereka wajar dipertimbangkan terma-terma yang meyakinkan dan menjamin daya maju syarikat di masa akan datang.

Khidmat Runcit 5G
Seperkara lagi adalah penawaran perkhidmatan runcit 5G oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Setakat ini, YTL Communications dengan perkhidmatan YES telah mendahului syarikat-syarikat lain dalam menawarkan perkhidmatan komersial kepada pengguna. Celcom pula melalui program Friendly User Trial sudah mula membuka akses 5G kepada pengguna mereka yang terpilih, bagi menguji perkhidmatan 5G dan ini juga suatu perkembangan yang positif. Diharapkan syarikat yang berhasrat menawarkan khidmat runcit 5G dapat menyegerakan tindakan masing masing.

Walaupun syarikat-syarikat telekomunikasi lain telah menyatakan sokongan terhadap hasrat Kerajaan, adalah menjadi harapan saya agar sokongan tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan, dan syarikat-syarikat ini segara menyusuli langkah yang sama memanfaatkan SWN 5G dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan inovatif kepada rakyat Malaysia.

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr ANNUAR HAJI MUSA
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

20 September 2022

Exit mobile version