The newly formed Malaysia Government announced today a new prepaid plan called Unity Package (Pakej Perpaduan), replacing the old Youth Package (Pakej Remaja) launched by the previous Government.
The new Unity Package prepaid plan will offer 30GB of Internet at 3Mbps speeds for RM30 with a validity of 6-months (180 days).
It is targeted to youth aged up to 30 years old, B40 group, people with disabilities (OKU) and seniors citizens.
There were no mention about the inclusion of a discounted voice call service, a crucial feature that may be beneficial to senior citizens and OKUs.
Five (5) mobile network operators are expected to offer the Unity Package starting February 2023, namely- CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile and YTL Communications.
Below is a statement from the newly appointed Minister of Communications and Digital (KKD), Fahmi Fadzil (exclusively in Bahasa Malaysia):
Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran akan dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023.
Komitmen Kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.
Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.
Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.
Pakej Perpaduan dengan harga RM30 ini menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota dinaikkan daripada 20GB untuk tiga bulan (90 hari) kepada 30GB untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari). Pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan. Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.
Saya yakin usaha yang dilaksanakan oleh KKD dengan kerjasama strategik syarikatsyarikat penyedia perkhidmatan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan kos sara hidup dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.
Justeru, langkah penurunan harga ini jelas menunjukkan bahawa keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi dengan harga lebih murah dan mampu milik diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan. Inisiatif ini sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengguna golongan belia, B40, OKU, warga emas serta veteran ATM dan polis untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta meningkatkan akses kepada kemudahan ini.
Penyedia perkhidmatan akan membuat pengumuman lanjut mengenai Pakej Perpaduan kepada para pengguna dalam masa terdekat.
FAHMI FADZIL MENTERI KOMUNIKASI DAN DIGITAL
21 Disember 2022
[PDF]