Home Industry MCMC/SKMM Tan Sri Mohamad Salim gets appointed as MCMC Chairman again

Tan Sri Mohamad Salim gets appointed as MCMC Chairman again

Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din has been appointed the Chairman of Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), effective 1st March 2023.

Tan-Sri-Mohamad-Salim-bin-Fateh-Din-interim-mcmc-chairman-skmm
Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Chairman of MCMC for the period between 2023-2025

This is second time he has been appointed to the same position, although the first one was only “interim”. He was appointed on 10 June 2022 only to resign 6-months later on 20 December 2022.

MCMC did not say why he resigned at the time.

Tan Sri Mohamad Salim was then replaced with the current “interim” Chairman, Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, where his services will be terminated today, less than 2 months on the job.

There were no explanation from the Communications regulator on why Datuk Muhammad Azmi was replaced in a short period of time, and why he was replaced with his predecessor.

Tan Sri Mohamad Salim is expected to serve as MCMC Chairman until sometime around March 2025.

Full statement from MCMC below:


Pihak pengurusan serta warga kerja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakamkan ucapan tahniah dan mengalualukan pelantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din sebagai Pengerusi MCMC yang baharu bagi tempoh selama dua (2) tahun berkuat kuasa pada 1 Mac 2023. Pelantikan Mohamad Salim adalah bagi menggantikan YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain yang mengakhiri perkhidmatannya sebagai Pengerusi Interim pada hari ini, 28 Februari 2023.

Sebelum ini, Mohamad Salim merupakan mantan Pengerusi Interim MCMC selain berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya MCMC. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan seperti Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Pengasas Kumpulan Gapurna Sdn Bhd serta Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.

MCMC yakin pengalaman luas dan ketokohan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Interim dan pembabitannya dalam sektor korporat, mampu memberi kelebihan kepada beliau untuk mengukuhkan peranan Suruhanjaya dan ekosistem digital negara merangkumi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan menyeluruh dan berkualiti, serta usaha pembangunan rangkaian 5G di seluruh negara. Selain itu, agenda untuk memperluaskan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat transformasi kepada usahawan dan usaha untuk menangani masalah berita palsu, kandungan jelik dan scam akan turut diberikan tumpuan.

Dalam pada itu, pengawalseliaan dalam sektor telekomunikasi, penyiaran, pos dan kurier, serta tandatangan digital akan terus diperkukuhkan bagi membolehkan industri kekal relevan dan berdaya saing bagi memacu Malaysia ke arah ’dekad digital keemasan’.

Pada kesempatan ini, MCMC juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Muhammad Azmi atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Interim sepanjang tempoh menerajui MCMC.

[PDF]


Exit mobile version